Latest News

Sunday 12 February 2017

Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? tanya Shahrir



JOHOR BAHRU - Penahanan bekas Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bulan lalu, merupakan kemuncak kepada tindakan dalaman diambil lembaga tersebut.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, laporan Ketua Audit Negara selain maklumat hasil siasatan dalaman Felda, memudahkan untuk pihak SPRM mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan Felda...begitu sanjung peranan Felda...saya rasa mereka pun kecewa," katanya kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di sini hari ini.

Shahrir berkata, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan dengan pelbagai program yang dibuat.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.

"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Beliau berkata, oleh itu menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

"Kalau sudah yakin.. kita tahu tugas kita.. kita buat kerja kita sebagai pengurusan, peneroka pun akan kembali balik kepada kita. Percaya balik kepada Felda.

"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya. - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? tanya Shahrir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top