Mari kita imbas semula apa yg terjadi pada waktu itu dan punca sebenar beliau digulingkan oleh Najib Razak.
Ianya bermula dengan pertanyaan tentang 1MDB. Untuk apa 1MDB ditubuhkan?
Kemudian beliau persoalkan ketelusan urusniaga 1MDB.
Kerana ada beberapa urusniaga 1MDB di Kedah contoh tanah Solar Farm di Kuala Ketil, ianya amat meragukan.
Dato Seri juga semasa Sidang DUN, memohon Putrajaya pertimbang untuk menurunkan GST dari 6 kepada 3 percent. Kerana GST akan membebankan rakyat, terutamanya rakyat Kedah terdiri dari petani dan pesawah yg perlu membayar lebih RM40 juta GST setahun kepada kerajaan.
Sedangkan, Najib Razak pula nak Dato Seri Mukhriz menyokong beliau dalam isu 1MDB dan dasar fiskal GST. Beliau juga didesak untuk sanggah Ayahanda Tun yang sering mengkritik salah tadbir dan keborosan Najib.
Tentulah beliau tidak berbuat demikian bilamana sudah terang ada yang tak kena dengan cara Najib tadbir Kerajaan.
Jadi atas sebab itu konco2 Najib mula menghentam beliau. Mereka lngkari janji kepada rakyat. Khianati rakyat Kedah, guna Mohd Bashah dan kumpulannya dia gulingkan Dato Seri Mukhriz.
Satu pengkhianatan kepada kepercayaan pengundi Kedah. Kerana ketik itu rakyat sudah yakin bahawa Dato Mukhriz boleh bawa perubahan besar kepada negeri, beliau ditikam dari belakang.
Sekarang apa yg Dato Mukhriz jangkakan itu benar terjadi. Lihatlah...GST memang membebankan rakyat.
Najib dah pun mengaku memang ada kesilapan dalam 1MDB dan mereka tanggung hutang hampir RM50 bilion disebabkan itu.
Sebagai pemimpin sudah tentu beliau utamakan negara, menegur pimpinan atasan untuk menjaga kepentingan rakyat. Tapi akhir beliau digulingkan kerana Najib mahu mencari Menteri Besar "Yes Bos" mudah dicucuk hidung.
Admin: Adakah anda sedar bahawa 1MDB dan GST itulah perkara yang beliau tegur dulu?
0 comments:
Post a Comment