Timbalan Ketua Pemuda Bersatu Pendang, Mohd Fitri Hassan berkata, pemilik akaun tersebut telah memuat naik beberapa gambar berkaitan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Pakatan Harapan di Wisma Harapan Stargate, Alor Setar, baru-baru ini.
Fitnah yang tular dilaman sosial Facebook
“Posting berkenaan memaparkan tulisan ‘Nak undi Cina punya pasal sehingga sanggup makan babi’ dan meletakkan sekeping gambar yang disunting seolah-olah Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dihidangkan seekor babi sebagai hidangan utama kepada mereka,” katanya.
Katanya, tindakan itu seolah-olah menghina, memfitnah dan cuba untuk merosakkan keharmonian antara kaum.
“Kami telah menyerahkan gambar sebenar majlis berkenaan kepada polis dan kami mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun terbabit,” katanya.
Menurut Mohd Fitri, pihaknya turut mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membantu polis menyiasat perkara ini.
“Kami sangat berharap SKMM dapat bersikap telus tanpa mengira fahaman politik dalam isu fitnah seberat ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment