DR Mahathir Mohamad akan berkempen di Pekan, Pahang Rabu ini, yang dilihat sebagai langkah untuk menentang anak didik yang kini menjadi musuhnya, Perdana Menteri Najib Razak.
Kedatangan Dr Mahathir ke kawasan parlimen Najib itu juga menandakan Bersatu akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bersatu merupakan satu daripada empat parti dalam Pakatan Harapan (PH). Dr Mahathir telah dinamakan sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang itu.
Lawatan Dr Mahathir itu seminggu selepas Najib melawat Langkawi, Kedah di mana bekas perdana menteri itu dikatakan akan bertanding dalam PRU14.
Dalam lawatan Najib ke Langkawi, beliau telah mengumumkan projek infrastruktur bernilai RM1.3 bilion dan memberitahu penduduk di sana yang Dr Mahathir tidak akan dapat berkhidmat dengan baik untuk mereka.
Minggu ini, Dr Mahathir merancang untuk mengurangkan sokongan terhadap Najib di kawasan luar bandar Pekan. Menurut sumber, pemimpin berusia 92 tahun itu dijadualkan akan membuat lawatan ke Felda Chini dan komuniti Orang Asli.
Dr Mahathir dijangka akan menyentuh isu kontroversi Felda dengan harapan untuk menarik pengundi Najib.
Namun, sedang Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh di kalangan pengundi luar bandar Melayu, sumber mengatakan beliau menghadapi cabaran berdepan pengundi di Pekan, yang setia menyokong Najib dan Barisan Nasional (BN).
Satunya, Dr Mahathir tidak akan dapat berucap dalam ceramah di Pahang kerana tidak diberikan kebenaran.
"Mereka tak akna benarkan beliau adakan acara di sini. Ada banyak halangan," kata sumber kepada The Malaysian Insight mengenai lawatan itu.
"Buat masa ini, beliau akan bertemu orang ramai dan bercakap dengan mereka di tempat-tempat awam," kata sumber itu lagi.
Cubaan awal pembangkang untuk lawatan mengejut di Pahang, khasnya di Pekan menemui kegagalan.
Najib mewarisi kerusi PEkan selepas kematian bapanya, Abdul Razak pada 1976 dan mengekalkannya sejak itu.
Kerusi itu secara tradisinya ditandingi oleh PAS tetapi telah diambil-alih oleh PKR yang meletakkan Fariz Musa pada Pilihan Raya Umum ke-13. Najib menewaskan Fariz dengan majoriti 51,278 undi.
Minggu lepas Najib juga telah melawat Pekan dan memperuntukkan RM564 juta untuk program tebatan banjir.
PH dan Bersatu masih belum mengumumkan calon bagi kawasan Pekan. – 26 Februari, 2018.
0 comments:
Post a Comment