Latest News

Monday, 5 March 2018

Dr Radzi Jidin 'Korbankan Kerjaya' pulang ke Malaysia berjuang dalam PPBM


Dr Radzi Jidin telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah Ketua bahagian PPBM Ketereh.

Beliau sanggup berkorban melepaskan jawatan besar, gaji tinggi serta kehidupan yang selesa bersama keluarga di Australia demi parti dan perjuangan untuk rakyat Malaysia.

InsyaAllah, lebih ramai lagi yang akan mengikuti jejak langkah beliau bersama-sama berganding bahu untuk menumbangkan kerajaan Kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional.

LATAR BELAKANG

Anak kelahiran Ketereh, Kelantan ini telah menetap di Australia sejak tahun 1997. Beliau merupakan Pensyarah Perakaunan Forensik di Universiti of Tasmania, Hobart yang terletak di selatan Australia.

Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai tenaga pensyarah di Australian National University Canberra selepas mendapat ijazah kedoktoran daripada universiti tersebut. Sekolah perakaunan di universiti ini diiktiraf sebagai antara 10 fakulti perakaunan terbaik dunia.

Sewaktu menjadi calon PhD di Australian National University Canberra sekitar 2001, beliau merupakan antara pelajar yang bertannggungjawab menubuhkan Persatuan Pelajar Melayu Canberra dan seterusnya Kelab Umno Australia Capital Territory.

Pada 2004 beliau dilantik sebagai pengerusi Kelab Umno Australia New Zealand, yang menjadi induk kepada 12 kelab parti itu di kedua-dua negara.

Dalam tempoh ini, beliau membina hubungan baik dan kerjasama dengan para pemimpin Umno. Pada 2006, beliau turut berpeluang berucap di Perhimpunan Agung Umno mewakil Kelab Umno Luar Negara.

Sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, beliau masih aktif dalam Umno, malah sanggup pulang bercuti ke kampung halaman selama dua minggu untuk membantu kempen parti.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dr Radzi Jidin 'Korbankan Kerjaya' pulang ke Malaysia berjuang dalam PPBM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top