Latest News

Thursday, 1 March 2018

HARAPAN dapat kebenaran cabar ROS


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung saman mereka terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memaksa mereka mendaftarkannya sebagai gabungan rasmi.

Mahkamah memberi kebenaran selepas Peguam Kanan Persekutuan, Susana Atan dari Pejabat Peguam Negara menimbulkan bantahan awal.

Peguam utama yang mewakili HARAPAN, Gobind Singh Deo, yang juga naib pengerusi DAP, berkata kebenaran diberikan oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi berhubung dua permohonan mereka.

"Mahkamah menetapkan 15 Mac untuk pengurusan kes dan kami akan memohon tarikh perbicaraan awal memandangkan pilihan raya umum semakin dekat," katanya.

Gabungan parti pembangkang memfailkan permohonan itu pada 21 Februari dengan mengemukakan sijil perakuan segera.

Malaysia Kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HARAPAN dapat kebenaran cabar ROS Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top