Latest News

Monday 16 April 2018

BERSATU sekali lagi cabar ROS di mahkamah


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang ditolak semakan kehakiman berhubung Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 pada hari Rabu lalu lalu telah memfailkan satu lagi semakan kehakiman pada Jumaat lalu.

Kali ini, semakan kehakiman tersebut mengenai Seksyen 14 (5) Akta yang sama pada perintah pembubaran sementara BERSATU selama 30 hari itu.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Shaharuddin Md Salleh menamakan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan, Surayati Ibrahim sebagai responden tunggal.

Parti itu sedang memohon perintah mahkamah yang antara lain untuk membatalkan perintah pembubaran sementara dan deklarasi lain ROS yang berkaitan.


Suatu perakuan kesegeraan juga telah difailkan bagi mempercepatkan pendengaran permohonan itu.

Pada hari Jumaat, Shahruddin juga memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Rabu minggu lalu itu.

Dilaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Kamaludin Md Said menolak mengeluarkan perintah membatalkan keputusan ROS itu dan mencadangkan BERSATU memfailkan satu semakan baru jika parti itu tidak dapat membuat rayuan kepada menteri dalam negeri dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan.

sumber Malaysia Kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BERSATU sekali lagi cabar ROS di mahkamah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top