Latest News

Wednesday 23 May 2018

Kedah tewaskan Pahang 2-0



KEDAH berjaya menewaskan Pahang 2-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Pada awal permainan, tuan rumah dilihat buntu untuk menjaringkan gol apabila Andik Vermansyah yang posisi asalnya selaku pemain sayap mengalas tugas di jentera serangan.

Patrick Cruz hampir meletakkan Pahang di hadapan namun percubaannya ditepis keluar oleh Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-41.

Kedah memperolehi sepakan percuma pada minit ke-43 selepas Andik dijatuhkan berhampiran kotak penalti oleh Matthew Davies.

Peluang itu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yang berjaya menjaringkan gol dari jarak 20 meter meletakkan tuan rumah di hadapan 1-0 sebelum separuh masa pertama tamat.

Penyerang baru Pahang, Amutu Augustine hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-57 namun sepakan derasnya dari luar kotak penalti ditepis oleh Ifwat sebelum terkena tiang.

Pada minit ke-70, Kedah juga berusaha menambah gol menerusi hantaran satu dua di dalam kotak penalti dari Baddrol kepada Akram Mahinam namun percubaan itu berjaya ditepis Helmi Eliza Elias.

Usaha berterusan tuan rumah akhirnya berjaya menerusi Liridon Krasniqi yang meletakkan Kedah 2-0 hasil hantaran pemain gantian, Akhyar Rashid pada minit ke-88.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah tewaskan Pahang 2-0 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top