Latest News

Friday 11 May 2018

Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar ke-13




ALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-13 di Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Ahli Parlimen Jerlun yang juga Adun Jitra itu melafazkan sumpah menyandang jawatan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam majlis berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit.


Turut berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah ke-20, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu dilantik semula sebagai menteri besar selepas Harapan memenangi 18 kerusi pada PRU14.

Sebelum ini, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah ke-11 terpaksa meletak jawatan dipegangnya pada awal 2016 berikutan hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Pada PRU14, Mukhriz menang kerusi Parlimen Jerlun apabila memperoleh 18,695 undi dengan majoriti 5,866 undi.

Beliau menewaskan penyandang kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz (BN) yang memperoleh 12,413 undi dan Abd Ghani Ahmad (Pas) 12,829 undi.

Malah, beliau yang turut bertanding di Dun Jitra turut menewaskan penyandangnya, Datuk Aminuddin Omar dengan meraih 18,852 undi.

Kedah mencipta sejarah tersendiri apabila Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar Kedah bagi kali kedua.


Laporan Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar ke-13 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top