Latest News

Monday 11 June 2018

Agong titah gajinya dikurangkan 10 peratus



KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah perkenan peruntukan gaji dan emolumen Baginda dikurangkan 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahannya sehingga tahun 2021.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, perkara tersebut dititahkan Baginda kerana prihatin kepada tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.

"Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat negara ini yang telah bermurah hari menyumbang kepada Tabung Harapan yang telah diwujudkan oleh kerajaan baharu-baharu ini," katanya.

Selian itu, bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Baginda juga bertitah tidak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara.

"Anggaran peruntukan kewangan majlis rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Agong titah gajinya dikurangkan 10 peratus Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top