Katanya sebahagian janji tersebut telah dilaksanakan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada bulan lepas.
"Mengenai manifesto PH, kerajaan akan cuba mengotakan janji 100 peratus dalam tempoh 100 hari, ada yang sempat kita lakukan dalam 100 hari, ada juga yang kita boleh mulakan tetapi belum cukup selesai dalam 100 hari. Namun rakyat berpuas hati atas kesungguhan itu," katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Pilah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Pilah, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Anggota Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith.
Katanya beliau juga percaya rakyat memahami ada antara janji tersebut memerlukan masa lebih 100 hari untuk dilunaskan apatah lagi dalam keadaan kewangan negara yang agak buruk sekarang - Bernama
0 comments:
Post a Comment