Penyelarasan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dibuat mengikut kementerian bagi memastikan ia relevan kepada negeri ini.
Penyelarasan itu dibuat selepas semua lantikan di peringkat Menteri dan Timbalan Menteri di kementerian selesai dilaksanakan baru-baru ini.
Dalam pentadbiran kini ada kementerian yang digabungkan, maka lebih baik portfolio diselaraskan dengan kementerian agar mudah dalam sebarang urusan. Penyelarasan ini perlu mendapat perkenan daripada Kebawah DYMM Tunku Sultan Kedah terlebih dahulu.
Menurut Dato' Seri Mukhriz akan berlaku rombakan Exco dan portfolio susulan pelantikan Dato' Amiruddin Hamzah sebagai Timbalan Menteri Kewangan namun ia tidak melibatkan semua Exco dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
0 comments:
Post a Comment