Menteri Besar Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri berpendapat KXP merupakan satu keperluan pada masa ini terutamanya bagi sektor perkhidmatan kargo selain dapat memenuhi keperluan industri yang wujud di Kedah serta negeri berhampiran seperti Pulau Pinang, utara Perak dan Perlis.
"Kedah ingin memohon kerjasama Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menilai semula cadangan projek ini...dan saya fikir bagi syarikat dan kilang sedia ada di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) ini tentunya mereka akan menyambut baik cadangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian pejabat Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd yang baharu di KHTP di sini yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking.
Cadangan awal projek pembinaan KXP dengan kos RM1.6 bilion itu dibuat kerajaan negeri sewaktu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah di bawah pentadbiran BN ketika itu - Bernama
0 comments:
Post a Comment