Latest News

Wednesday 8 August 2018

MOHON TAMBAHAN KEWANGAN ATAS PENGORBANAN KEDAH


“Kerajaan Negeri Kedah berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan pampasan sebanyak RM10 juta setahun bagi pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri berharap Putrajaya akan menimbang menambah sokongan kewangan kepada Negeri Kedah memandangkan negeri ini telah “berkorban” dengan terus kekal sebagai Jelapang Padi negara.

Tanah seluas 270,000 ekar di Negeri Kedah dikekalkan sebagai kawasan penanaman padi, hutan tadahan air, sungai, tasik dan empangan bagi menjamin bekalan makanan negara.

Potensi pendapatan dari sumber balak dikorbankan demi untuk mengekalkan hutan di Negeri Kedah sebagai kawasan tadahan air. Sumber air dari kawasan tadahan ini bukan sahaja untuk kegunaan sendiri sahaja, malahan dibekalkan ke negeri-negeri jirannya.” —

YAB Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir,
Menteri Besar Kedah Darul Aman.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MOHON TAMBAHAN KEWANGAN ATAS PENGORBANAN KEDAH Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top