Latest News

Tuesday 11 September 2018

BANTU KEMENTERIAN, BANTU RAKYAT - Dato' Saifuddin




BANTU KEMENTERIAN, BANTU RAKYAT - Dato' Saifuddin Nasution Ismail

Orang ramai yang mempunyai aduan berhubung manipulasi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kini boleh menggunakan aplikasi WhatsApp

Penggunaan aplikasi media sosial itu sebagai saluran alternatif bertujuan memudahkan pengguna membantu kementerian untuk membantu rakyat. Aduan yang disampaikan perlulah menyertakan nama penuh, gambar serta nama premis yang berkenaan ke talian 019-2794317.

Menurut Dato' Saifuddin Nasution, setiap aduan yang lengkap tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam.

Sejak mula diperkenalkan pada 1 September yang lalu, sebanyak 642 aduan telah diterima KPNKK menerusi medium terbabit dengan kebanyakannya melibatkan harga makanan/minuman dan kad prabayar telefon



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BANTU KEMENTERIAN, BANTU RAKYAT - Dato' Saifuddin Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top