Latest News

Friday 14 September 2018

DR MAHATHIR SAHKAN ANWAR TELAH MAKLUMKAN KEPUTUSAN BERTANDING DI PD


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berhak mencatur langkah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dan hasrat itu disuarakan ketika beliau berada di Hong Kong pada Selasa lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat parti itu di ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, sebentar tadi.

Beliau yang juga Perdana Menteri menambah, pendirian BERSATU bahagian Port Dickson untuk menghalang Abdullah Sani Abdul Hamid dan Rafizi Ramli berkempen di Port Dickson adalah pendapat mereka sendiri dan itu tidak selari dengan pendirian pimpinan parti di peringkat pusat.

Penggantinya sebagai Perdana Menteri telah ditetapkan iaitu Anwar dan akan melepaskan jawatannya dalam tempoh dua tahun kerana ketika itu beliau telah pun berusia 95 tahun.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DR MAHATHIR SAHKAN ANWAR TELAH MAKLUMKAN KEPUTUSAN BERTANDING DI PD Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top