Latest News

Wednesday 19 September 2018

JOM PAKAT PI IPOH, KITA GEGAR STADIUM PERAK MALAM INI!


KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH

Ini ketikanya. Inilah peluang keemasan bagi Kedah mengakhiri penantian 12 tahun untuk bergelar juara acara bola sepak Sukan Malaysia. Kali terakhir Kedah melangkah ke perlawanan akhir SUKMA adalah ketika kita menjadi tuan rumah pada tahun 2006.

Ayuh sekalian penyokong Lang Merah, penuhi Stadium Perak bagi membakar semangat Skuad SUKMA Kedah yang akan berjuang menentang pasukan tuan rumah Perak dalam perlawanan akhir, bermula jam 8.45 malam ini, Rabu, 19 September 2018.

Pasukan bimbingan Victor Andrag memerlukan sokongan penyokong Lang Merah malam esok. Marilah kita semua memberikan sokongan padu kepada pemain-pemain muda kita. Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah turut berkenan berangkat ke stadium bagi menyuntik semangat kepada pasukan kebanggaan kita. Gegar gempita Stadium Perak dengan laungan Pulun Kedah Pulun!

Tidak perlu tiket. Masuk adalah percuma. Datang awal ke stadium kerana diramalkan ramai penyokong Perak akan `menawan’ stadium mereka. Buktikan kepada semua, Kedah Pantang Kalah!

KFA berharap penyokong Kedah dari segenap pelusuk tanahair, terutama yang berada di sekitar Ipoh bingkas mara ke Ipoh untuk `menawan’ Stadium Perak. Kita memerlukan sokongan padu penyokong kerana pasukan tuan rumah sudah tentu ada kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Kedah idamkan kilauan emas malam ini!. Ayuh penyokong Lang Merah, kita gegar Stadium Perak. Pingat emas sasaran kita!.


JAWATANKUASA MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM KFA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: JOM PAKAT PI IPOH, KITA GEGAR STADIUM PERAK MALAM INI! Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top