Latest News

Tuesday 2 October 2018

Dr M rayu kepada rakyat Malaysia



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyeru rakyat Malaysia agar bekerja keras untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi bagi menunjukkan ekonomi negara ini kembali pulih dan sekali lagi menjadi 'Harimau Asia'. 

Perdana Menteri berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang sekembalinya daripada lawatan kerja ke London dan New York. Beliau berkata ramai pelabur asing menyatakan minat mereka untuk melabur ke Malaysia dan oleh itu rakyat tidak sepatutnya melepaskan peluang berkenaan. 

"Mereka (pelabur asing) telah buat pengakuan mereka akan ada saat-saat memerlukan pegawai-pegawai terlatih (seperti) engineer dan pekerja lain yang dikehendaki supaya mereka dapat keluarkan barangan canggih bernilai tinggi. "Oleh itu saya rayu semua kita rakyat buat persediaan dan jangan hampakan mereka yang akan datang menolong negara dengan melabur," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 50 penyokong yang hadir untuk menyambut kepulangan beliau.

Laporan : Malaysia Kini

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dr M rayu kepada rakyat Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top