Latest News

Wednesday 31 October 2018

Dr M seru rakyat dedah jika ada rasuah dalam HARAPAN


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggalakkan rakyat melaporkan sekiranya berlaku rasuah oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Ketika ini tumpuan adalah ke atas rasuah melibatkan kerajaan lama, namun jika ada bukti kerajaan baru terlibat rasuah, kita harap rakyat akan memaklumkan pihak berkuasa bahawa terdapat individu rasuah dalam kerajaan baru.

"[...] Kita jemput orang awam melaporkan kes rasuah. Kita akan pastikan pemberi maklumat tidak dikenakan apa-apa tindakan," katanya dalam ucaptama di Sidang Kemuncak Antirasuah 2018 di Kuala Lumpur hari ini.

Setakat ini, kata Dr Mahathir, belum ada laporan pegawai dalam kerajaan HARAPAN terlibat rasuah.

"Tidak secara terbuka. Tapi jika mereka buat sorok-sorok, kita ada agensi yang akan mencari mereka dan memastikan mereka dihukum," katanya.

Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan komited memerangi rasuah namun mengakui bahawa cabaran utama adalah jentera kerajaan sendiri yang masih belum kukuh, selain pemimpin baru yang belum berpengalaman.

"Jentera kerajaan sudah menjadi rasuah dan tidak akan mudah untuk patuh agar menolak rasuah.

"Pembersihan melibatkan penyingkiran pegawai lama, dan kita terpaksa gantikan dengan pegawai baru yang mungkin tidak begitu berpengalaman.

"[...] Selepas pembersihan, kita ada jentera kerajaan yang rapuh yang perlu memerangi amalan lama dan rasuah yang terjadi sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, kerajaan sudah mengambil pendekatan bagi mengatasi masalah itu termasuklah penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC).
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dr M seru rakyat dedah jika ada rasuah dalam HARAPAN Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top