Latest News

Monday 8 October 2018

Mukhriz Dedahkan Permasalahan Kewangan KFA




Selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif KFA yang diadakan kelmarin, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir mendedahkan permasalahan kewangan yang berlaku dalam KFA sebelum ini.

Antaranya amalan tadbir urus kewangan yang tidak cekap disebalik sumber kewangan yang terhad. Malahan didapati ada anggota pengurusan dalam KFA sendiri yang membekalkan perkhidmatan kepada KFA dengan harga lebih tinggi.

Selain itu Dato' Seri mendedahkan berlakunya sedikit ketidak kepastian,(gagal dikesan) wang penajaan KFA bernilai jutaan ringgit. Ia terjadi apabila wang yang disampaikan kepada KFA sebagai tajaan oleh penaja, namun ianya tidak direkodkan di dalam akaun KFA.

Laporan kepada SPRM akan dilakukan KFA sekiranya ianya disarankan oleh jawatankuasa Integriti KFA yang dipengerusikan oleh Timbalan Penguatkuasa SPRM serta dibantu dari pihak PDRM.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mukhriz Dedahkan Permasalahan Kewangan KFA Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top