Latest News

Sunday 4 November 2018

Bentang cadangan skuad Lang Merah - Asmirul



CADANGAN pembentukan pasukan Liga Super Kedah 2019 akan dibentangkan oleh Aidil Sharin Sahak kepada Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Rabu ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, bakal ketua jurulatih Kedah itu akan dibantu oleh penolongnya, Victor Andrag bagi menyenaraikan senarai pemain tempatan dan import pada musim hadapan.

Menurutnya, pengurusan juga akan memberikan idea dan pandangan berdasarkan pengalaman bagi pembentukan pasukan utama itu namun akhirnya keputusan muktamad berada di tangan Aidil Sharin dan juga Victor.

"Kami akan adakan mesyuarat exco pada 7 November ini (Rabu) dan Aidil Sharin akan membentangkan semua persiapan pasukan Liga Super Kedah bagi musim 2019.

"Selepas itu cadangan beliau itu akan dibincangkan bersama semua exco KFA bagi memutuskan keputusan akhir," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Sementara itu, mengulas mengenai khidmat lima pemain import sedia ada yang tidak disambung kontrak pada musim hadapan, Mohd Asmirul berkata Aidil dan Victor telah diberikan kuasa penuh menentukan pemain-pemain yang diperlukan oleh mereka pada musim hadapan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bentang cadangan skuad Lang Merah - Asmirul Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top