Latest News

Sunday 11 November 2018

Kedah teruskan 4 projek mega - MB


ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan meneruskan empat projek mega yang dirancang dibina di Kedah termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata tiga lagi projek iaitu Bandaraya Getah (KRC), Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana juga akan diteruskan.

“Kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan lanjut yang positif bersama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Pulau Pinang dan pihak swasta untuk meneruskan cadangan pembinaan KXP sebagai hab kargo udara yang baharu di utara.

“Bagi KRC, proses pengambilan tanah bagi projek di Bukit Ketapang susah selesai dilaksanakan, manakala KSTP akan melengkapi projek Kota Perdana di SBEZ dengan peruntukkan awal sebanyak RM25 juta sudah diluluskan Kementerian Kewangan bagi pembinaan Depoh Pengangkutan,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, Mukhriz membentangkan Belanjawan Kedah 2019 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14, di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mukhriz berkata, bagi menangani masalah bekalan air terawat, pihaknya sedia meneruskan dua daripada lima projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) dengan peruntukkan membabitkan RM158 juta.

“Dua projek naik taraf itu membabitkan LRA Pelubang dan LRA Jenun Baharu dengan dana diperoleh melalui pinjaman daripada kerajaan Persekutuan.

“Manakala projek naik taraf bagi tiga lagi LRA yang sudah diluluskan kerajaan terdahulu di Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar akan melalui proses rundingan sebelum ia dimulakan semula,” katanya.

Beliau turut mengumumkan, bagi menampung kehilangan pendapatan negeri akibat pemberhentian aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda, kerajaan negeri akan mewujudkan hubungan perdagangan bersama Thailand dalam tempoh enam bulan dari sekarang
.

- Berita Harian 



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah teruskan 4 projek mega - MB Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top