Latest News

Thursday 1 November 2018

Kerajaan Negeri Nafi Dakwaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah Membebankan - Mukhriz



Sidang Media Khas selepas mesyuarat EXCO yang dipengerusi oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir.

- Maklum balas dari rakyat berkenaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah Ke 29 sangat positif.

- Liputan media yang meluas banyak membantu mempromosikan Istiadat Pertabalan yang kali terakhir pernah berlangsung 59 tahun lalu.

- Kerajaan negeri berpuas hati dengan perjalanan Istiadat Pertabalan yang penuh sejarah.

- Kerajaan negeri menafikan dakwaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah ke 29 membebankan.

- Semua perbelanjaan Istiadat Pertabalan mematuhi bajet Kedah 2108 dan ianya terkawal. Tiada Perbelanjaan yang melebihi bajet.

- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah sangat perihatin dalam soal bajet supaya tidak melebih jumlah yang diperuntukan.

- Kebawah Duli Yang Mulia Mulia Tuanku Sultan Kedah perkenan agar tidak mengadakan acara atau majlis sempena hari lahir Tuanku sepertimana yang biasa diadakan setiap tahun. Ini salah satu cara Tuanku mengurangkan kos untuk memberi tumpuan kepada Istiadat Pertabalan.

- Sebarang Komen (negatif) mengenai Istiadat Pertabalan baru-baru ini tidak patut diungkapkan oleh mana-mana pihak

- Kerajaan negeri menyangkal dakwaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah ke 29 menyusahkan rakyat.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Negeri Nafi Dakwaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah Membebankan - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top