Latest News

Sunday 11 November 2018

Pelan pembangunan 15 tahun dalam Bajet Kedah 2019



ALOR SETAR - Pelan pembangunan baharu untuk tempoh 15 tahun dari 2020 hingga 2035 antara yang akan diberikan perhatian dalam Bajet Kedah 2019 yang dijadualkan dibentangkan pada 11 November ini.

Tanpa penjelasan terperinci, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pelan pembangunan itu untuk memastikan semua perancangan negeri ini daripada segi kewangan dan ekonomi selaras dengan baik.

"Saya ingat secara umum walaupun ia bajet satu tahun saja tetapi seperti mana saya cakap dalam ucapan saya (ucapan perasmian) RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11) akan berakhir dalam tempoh dua tahun lagi. Sudah tiba masa kita tengok satu pelan pembangunan yang 25 atau 30 tahun, tetapi buat masa ini kita tengok 15 tahun dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pasca Bajet 2019 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Turut hadir Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pelan pembangunan 15 tahun dalam Bajet Kedah 2019 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top