Latest News

Saturday 10 November 2018

Sumbangan khairat kematian bukti kerajaan Kedah peduli, prihatin - Asmirul


Sumbangan khairat kematian yang telah disumbangkan bagi setiap waris yang meninggal dunia menyerlahkan lagi kepedulian dan keprihatinan kerajaan negeri Kedah.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris semasa menyampaikan sumbangan khairat bagi Dun Kubang Rotan di Masjid Jamek, Kubang Jawi, semalam.

Jelas beliau lagi sumbangan khairat yang disumbangkan kali ini adalah sebanyak RM10,000 bagi 40 waris.

“Kerajaan negeri memberikan sumbangan khairat kepada semua Dun yang ada dalam negeri Kedah.

“Malah tidak ada mana-mana kawasan Dun yang akan terkecuali bagi sumbangan khairat tersebut.

“Sumbangan khairat tersebut adalah bagi bulan Ogos sehingga Oktober tahun ini, ” tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah turut berkata, selain dari sumbangan khairat, kerajaan negeri turut merancang pelbagai program yang dapat memanfaatkan rakyat.

Katanya lagi, antara perancangan adalah untuk membawa banyak perubahan melalui percambahan program kemasyarakatan dan pembangunan negeri.

Selain itu ujarnya, program yang direncanakan turut melibatkan masjid dan juga sekolah dengan kerjasama agensi kerajaan seperti zakat dan lain-lain agensi berkaitan.

“Mulai tahun hadapan, banyak program keusahawanan termasuk peluang bagi peniaga kecil akan ditingkatkan oleh kerajaan negeri.

“Manakala program pelancongan yang turut melibatkan aktiviti tradisional dan turun padang ke kampung-kampung akan dilipatgandakan.

“Secara tidak langsung, kepelbagaian program akan mampu untuk memberi pulangan yang besar termasuk kepada industri kecil dan sederhana, ” tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri senantiasa berusaha bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelbagai golongan masyarakat khususnya asnaf dan golongan berpendapatan rendah.

Sumber : malaysiadateline.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sumbangan khairat kematian bukti kerajaan Kedah peduli, prihatin - Asmirul Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top