Latest News

Thursday 29 November 2018

Zhejiang XSD labur RM1.2 bilion di Kedah




Kedah bakal menerima pelaburan berjumlah RM1.2 billion membabitkan pembinaan kilang kertas mesra alam oleh syarikat dari China, di Padang Meha, Kulim, menjelang 2020.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata pembinaan kilang terbabit bakal menbuka kira-kira 1,300 peluang pekerjaan dengan menyaksikan pengeluaran barangan berasaskan kertas mesra alam untuk pasaran antarabangsa seperti Asia Barat dan Asia Tenggara.

Beliau berkata, pihaknya melalui Invest Kedah akan membantu syarikat Zhejiang XSD Holding Group Co Ltd (Zhejiang XSD) dalam pelbagai aspek pembangunan kilang terbabit membabitkan kawasan seluas 121.4 hektar yang dimiliki Sime Darby Property Bhd.

"Saya menganggap pelaburan asing sangat signifikan bagi Kedah dan Malaysia untuk memacu pembangunan dan ekonomi yang jitu dan berdaya maju.

"Projek ini memberi kesan yang sangat positif kerana membabitkan tiga fasa dengan nilai keseluruhan pelaburan yang besar, sekali gus memberi impak perkembangan pelbagai industri berkaitan di kawasan terbabit selain perkongsian teknologi moden dimiliki China" katanya pada majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Invest Kedah dan Zhejiang XSD di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Mukhriz menyaksikan pemeteraian MoU antara Pengurus Besar Kanan Invest Kedah, Zafir Anuar Ghazali dengan Presiden Zhejiang XSD, Shenfeng Lee.

Selain itu, Mukhriz juga menyaksikan perjanjian pembelian dan jualan tanah seluas 121.4 hektar membabitkan Sime Darby Property yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Shenfeng.

Mukhriz berkata, pihaknya menjangkakan pekerja tempatan dapat mempelajari teknologi terkini dalam mengembangkan pengetahuan membabitkan industri kertas dan lain.

Sementara itu, Shenfeng berkata, pihaknya menjangkakan kilang terbabit dapat memulakan operasi mulai pertengahan 2020 kilang sekiranya proses kelulusan pembangunan dan pembinaan berjalan lancar.

"Pembangunan fasa pertama, kepakaran kejuruteraan dan teknologi akan dibawa dari China. Manakala fasa kedua kami akan terus membangunkan kepakaran tempatan dalam pembuatan kertas, selain mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan bagi mempertingkatkan teknologi membabitkan pembuatan kertas di negara ini.

"Pelaburan ini dijangka menyumbang kepada pengeluaran tahunan bernilai RM1.8 billion dan menjana RM1.5 billion menerusi eksport pelbagai produk. Apabila selesai fasa pertama, dua lagi fasa akan diteruskan membabitkan pelaburan RM2.4 billion," katanya.

Laporan Artikel : Berita Harian 

MAJLIS TANDATANGAN MOU ANTARA ZHEIJANG PTE LTD, SIME DARBY DAN KEDAH INVEST UNTUK PELABURAN KILANG KERTAS DI PADANG MEHA, KULIM.


SIDANG MEDIA MAJLIS TANDATANGAN MOU ANTARA ZHEIJANG PTE LTD, SIME DARBY DAN KEDAH INVEST UNTUK PELABURAN KILANG KERTAS DI PADANG MEHA, KULIM 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Zhejiang XSD labur RM1.2 bilion di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top