Latest News

Friday 28 December 2018

3 Pemain Import Selamat Tiba di Kedah - Naib Presiden 1 KFA


KENYATAAN NAIB PRESIDEN 1 KFA, EN. ANAS HAFIZ MUSTAFFA.

1. Selaku Ketua Unit Pasukan Liga Super Kedah, saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana pada malam ini, 3 pemain import telah selamat tiba ke bumi Jelapang Padi sebagai pemain Kedah untuk musim hadapan.

Selamat Datang Ke Negeri Hijau Kuning!

2. Ketibaan Fernando 'El Matador' Rodriguez, Anmar 'The Flying Dutch' Mubaraki dan Shakir 'The Lion' Hamzah telah disambut dengan penuh meriah bersama para peminat.

3. Persiapan yang rapi serta perancangan yang tersusun oleh KFA kali ini adalah kerana tidak lain tidak bukan bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dengan belanja yang berhemah serta memastikan keharmonian yang utuh di kalangan semua 'stakeholders' bolasepak di negeri Kedah.

4. Semoga ketiga-tiga pemain ini akan memberikan yang terbaik buat Kedah dan seterusnya dapat melakar kejayaan yang lebih besar di dalam saingan musim 2019.

Berjuanglah Sejiwa Murni!
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 3 Pemain Import Selamat Tiba di Kedah - Naib Presiden 1 KFA Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top