Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memaafkan tokoh pengiklanan Lim Kok Wing.
Beliau juga mengakui memang ada sesetengah pihak yang hanya menyokong mereka yang berkuasa.
"Kita tahu sesetengah orang cari jalan mudah...Dia sokong orang yang berkuasa.
"Masa saya tak ada kuasa, dia tak sokong. Lepas saya berkuasa balik, dia sokonglah," katanya mengulas tindakan anaknya Marina Mahathir yang membidas pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing hari ini.
Ketika ditanya adakah beliau memaafkan Lim, Mahathir hanya berkata: "Saya seorang yang sangat pemaaf."
Laporan Malaysia Kini
0 comments:
Post a Comment