Latest News

Thursday 13 December 2018

Jenazah Ridzq Azzadin tiba di Tanah Air




Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Atas izin-Nya jua, jenazah Ridzq Azzadin Mohd Azhar selamat tiba di KLIA dari Sydney, Australia pukul 4 pagi tadi.

Suasana hiba menyelubungi Kompleks Kargo KLIA apabila ayah Allahyarham, Mohd Azhar Yahya menerima keranda jenazah yang diterbangkan dengan pesawat MAS.

Turut berada untuk menerima jenazah di KLIA ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Anas Hafiz Mustaffa dan Presiden Kelab Bunga Raya, Muzzammil Ismail.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Selamat, Sungai Buloh di Selangor.

Allahyarham Ridzq Azzadin, 32, lemas ketika mandi di sebatang sungai di Burwood Road, Belmore di Australia pada 3 Disember lepas.

Proses menguruskan jenazah mengambil sedikit masa bagi memenuhi segala proses di Australia sehinggalah jenazah dapat dibawa pulang ke Malaysia.

Prihatin dengan kepayahan yang dihadapi keluarga Allahyarham, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir tampil membantu.

Dengan kerjasama Wisma Putra dan pihak keluarga,Pejabat Menteri Besar Kedah telah membantu menguruskan segala keperluan menghantar pulang jenazah Allahyarham Ridzq Azzadin dari Sydney .

Admin : Mendoakan keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini dan redha dengan ketentuan Allah SWT.

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jenazah Ridzq Azzadin tiba di Tanah Air Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top