Latest News

Saturday 22 December 2018

Kedah Anjur Jelajah Lumba Basikal 'Red Eagle Tour 2019'


ALOR SETAR - Sidang Media Mengenai Program “Red Eagle Tour 2019” oleh YB. Mohd Asmirul Anuar Aris, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bertempat di Ruang Tamu Bilik Mesyuarat Utama, Aras Bawah, Blok E, Wisma Darul Aman.

Kedah berhasrat menjadi hub pelancongan sukan di wilayah utara dengan menganjurkan acara jelajah lumba basikal Red Eagle Tour 2019.

Acara lumba basikal ini salah satu aktiviti pelancongan sukan negeri dan bertujuan memberi kesan postif terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial di Kedah.

Master Pacer Venture yang menganjurkan perlumbaan tersebut bermula pada 23 hingga 27 April 2019 melibatkan 120 pelumba tempatan dan antarabangsa.

Master Pacer Venture juga terkenal dengan penglibatan mereka dalam pelumbaan basikal terkemuka seperti Le Tour de Langkawi, Jelajah Malaysia, Tour de Selangor dan KL State & National Cycling Rider.

YB. Encik Mohd Asmirul Anuar Aris, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Kedah berkata matlamat kerajaan negeri adalah untuk mempromosi pelancongan sukan di Kedah terutamaya di kalangan belia dan secara tidak langsung selari dengan kempen visit Malaysia 2020 yang dijalankan oleh kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

- Kerajaan Negeri Kedah 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Anjur Jelajah Lumba Basikal 'Red Eagle Tour 2019' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top