Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri sedia membantu dalam memenuhi apa juga keperluan dan bantuan diperlukan keluarga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu.
“Dalam lawatan Sultan Kedah (Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah) semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din sudah menyerahkan bantuan.
“Namun apa juga keperluan lain daripada keluarga (Muhammad Adib) kerajaan sedia membantu,” katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.
Terdahulu, Mukhriz tiba pada jam 2.45 petang diiringi Ketua Pengarah JBPM, Datuk Muhammad Hamdan Wahid bagi menziarahi anggota bomba berkenaan.
Mukhriz berkata, keadaan Muhammad Adib kini dilihat bertambah baik.
“Saya juga sempat berjumpa dengan keluarga Muhammad Adib, saya berharap dia cepat sembuh dan kembali bertugas sebagai anggota bomba,” katanya.
Sebelum ini, keadaan anggota bomba berkenaan dilaporkan mula sedar dan faham arahan yang diberikan.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Azhari Yakub, berkata keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.
Laporan Berita Harian
0 comments:
Post a Comment