Latest News

Friday 14 December 2018

Tiada Halangan Dari Persekutuan Untuk Kedah Teruskan Projek KXP - Mukhriz Mahathir



YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang medianya kelmarin, tiada halangan dari kerajaan Persekutuan untuk Kedah melaksanakan projek Lapangan Terbang Kulim (KXP) dengan mempertimbangkan kaedah-kaedah selain dari pembiayaan kerajaan pusat.

Menurut Dato' Seri,projek berkenaan akan kembali kepada perancangan asal iaitu membina lapangan terbang yang hanya menyediakan perkhidmatan kargo kerana ianya tidak membabitkan kos yang terlalu tinggi berbanding pembinaan lapangan terbang komersial.

Kerajaan Negeri Kedah pada ketika ini sedang menimbang beberapa cadangan daripada beberapa syarikat swasta dari Eropah dan China yang berminat untuk melabur dalam projek ini. Bagi mereka, Kedah memiliki kelebihan tertentu untuk dijadikan lokasi strategik sebagai hab logistik penerbangan kargo di negara ini.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tiada Halangan Dari Persekutuan Untuk Kedah Teruskan Projek KXP - Mukhriz Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top