Latest News

Wednesday 13 February 2019

SAYA BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH - MUKHRIZ


Petikan ucapan YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr. Mahathir dalam program Ijtimak Imam-Imam Masjid Negeri Kedah serta Penarafan Bilik Air & Tempat Wuduk di Seri Mentaloon kelmarin.

SAYA BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH

Fahaman yang menyimpang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah mengikut Asy’ariah dan Maturidiyah juga kini menular di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kedah juga tidak terlepas daripada pengaruh fahaman-fahaman yang sesat ini.


Untuk makluman Tuan-Tuan Imam sekalian, di negeri kita ini telah dipertetapkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, dalam Perkara 33A, bahawa Agama Kerajaan Negeri Kedah mestilah mengamalkan ajaran Islam berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Insyaallah, saya berjanji dalam hal ini saya dan pihak Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan aktiviti yang boleh mengancam akidah umat Islam.

Dan saya juga berjanji akan menjaga sebaik mungkin akidah umat Islam di negeri ini agar terpelihara dari sebarang ancaman yang boleh merosakkan umat Islam di negeri ini.

Dan saya juga amat yakin bahawa fahaman-fahaman sesat sebegini dapat ditangani secara bersama di antara pihak Kerajaan Negeri dan pihak pengurusan masjid agar memastikan akidah umat Islam, khususnya generasi muda ini dapat dipelihara bagi melahirkan masyarakat Islam yang maju dan berakhlak mulia sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SAYA BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH - MUKHRIZ Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top