KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pemimpin negara perlu mendengar dan mengambil kira tuntutan rakyat semasa merangka sebarang dasar dan program untuk mereka. Seri Paduka bertitah, ini kerana rakyat kini mahukan sebuah kerajaan bertanggungjawab yang mendengar pandangan dan aspirasi mereka. "Rakyat hari ini bukan sahaja mahukan pembangunan bahkan sebuah kerajaan yang bersih, telus, bertanggungjawab serta mendaulatkan undang-undang untuk membawa negara ke tahap lebih baik," titah Sultan Abdullah. Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut berangkat ke istiadat pembukaan itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Beri perhatian tuntutan, aspirasi rakyat - Agong

0 comments:
Post a Comment