Latest News

Saturday 9 March 2019

KDYMM Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat ke majlis tahlil Allahyarham Adib


Majlis Bacaan Tahlil Untuk Allahyarham Muhammad Adib, Wira Bomba Negara.

KDYMM Tuanku Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan DYTM Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat dan majlis bacaan tahlil untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Masjid As-Sa'adah, Tebengau.

Turut hadir YAB Menteri Besar, Dato' Seri Haji Mukhriz Mahathir, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadhil Awang, Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Dato Ismail Salleh dan bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid. Turut hadir anggota-anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM).
Al-Fatihah


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KDYMM Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat ke majlis tahlil Allahyarham Adib Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top