Latest News

Saturday 30 March 2019

Perdana Menteri Rasmi Hotel Adya Chenang Langkawi





Semasa Majlis Perasmian Jubli Perak Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Perasmian Hotel Adya Chenang.

YAB Perdana Menteri; Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan ada menyentuh mengenai Ekonomi Negeri dan bagaimana Kerajaan Negeri boleh mendapat hasil untuk menambah pendapatan.

Dalam ucapan beliau YAB PM berkata, Kerajaan Negeri Kedah perlu terlibat dalam perniagaan dan Langkawi sebenarnya untungkan Kerajaan Persekutuan dari Kerajan Negeri. Sebab itu Kerajaan Negeri kena usaha cari sumber lain untuk mendapat keuntungan

Pembukaan hotel adalah salah satu cara menambah pendapatan hasil negeri.

Turut bersama YAB PM ialah isteri beliau Tun Siti Hasmah Md Ali, YAB MB Kedah Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan Isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Kerajaan Negeri bersetuju, untuk jadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan tetapi dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Sebagai contoh, LIMA19 ini juga sumbangan besar kepada penduduk di Pulau Langkawi. Pendapatan akan meningkat dan hasil semua ini dimiliki oleh kerajaan negeri.

Namun dalam usaha kerajaan utk menambah pendapatan, apa saja pengurusan harus diuruskan dengan tertib. Banyak perniagaan yang gagal sebab tak diuruskan dengan cekap. Kalau tak ditadbir dgn baik, ia akan mengalami kerugian yang besar.

YAB MB pula dalam ucapan beliau memberitahu bahawa,

"PKB kini memiliki dua buah hotel di pulau peranginan ini, termasuk Hotel Adya Chenang yang akan dilancarkan pada hari ini, dan sebuah lagi di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan kepada Hotel Adya sangat memberangsangkan dengan purata kadar penginapan melebihi 70 peratus sejak ianya mula beroperasi.

Hotel Adya juga mendapat sambutan yang baik daripada pelancong luar negara, di mana 50 peratus daripada pengunjungnya adalah dari Timur Tengah, China, Korea dan Jepun, selain negara-negara Eropah".

Majlis diakhiri dengan perasmian dan potongan riben di pintu utama hotel.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perdana Menteri Rasmi Hotel Adya Chenang Langkawi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top