KENYATAAN MEDIA
1. Hari ini YAB Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), telah mengadakan sesi perbincangan khas bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada BERSATU.
2. Beliau telah menjelaskan secara mendalam berhubung halatuju perjuangan parti yang perlu difahami dan dihayati oleh kesemua Ahli-ahli Parlimen BERSATU.
3. YAB Tun menjelaskan bahawa perjuangan untuk mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan istimewa Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang merupakan antara matlamat utama perjuangan Parti.
4. Beliau juga turut menekankan bahawa segala usaha dan inisiatif yang diambil oleh Pakatan Harapan semenjak menerajui negara adalah demi kepentingan
dan kesejahteraan seluruh rakyat. Ini termasuklah memelihara kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak yang sah untuk semua kaum di negara
ini.
5. Kesemua Ahli-Ahli Parlimen BERSATU sebulat suara menyatakan sokongan teguh kepada kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dr. Radzi Jidin
Ketua Penerangan BERSATU
4 April 2019
BERSATU BERAMANAH BERMARUAH
0 comments:
Post a Comment