Latest News

Tuesday 2 April 2019

Mukhriz Rasmi Projek Solar Berskala Besar 30MW TNB


Rakaman sekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir hadir untuk Majlis Pecah Tanah Projek Ladang Solar TNB di Bukit Selambau siang tadi.

Dalam ucapan Dato' Seri Mukhriz, belia berharap Bukit Selambau akan terkenal sebagai 'Pekan Solar'

Petikan ucapan dari beliau,

"Kerajaan Negeri berharap agar TNB mengemukakan bidaan lagi bagi menambah kapasiti projek LSS di Bukit Selambau ini, yang mana saya difahamkan boleh mencapai penjanaan sehingga 100MW. Kami berharap TNB berjaya dalam bidaan itu nanti.

Ia adalah sejajar dasar Kerajaan Negeri yang menggalakkan pengembangan penggunaan tenaga suria ini sebagai sumber penjanaan. Dalam aspek teknologi, ia merupakan penjanaan tenaga hijau yang datang dari sumber semulajadi, yang sekali gus bersifat mesra alam. Penjanaan sumber tenaga suria ini juga amat sesuai di Negeri Kedah, kerana ianya antara negeri yang menerima banyak cahaya matahari.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri mengharapkan agar projek seumpama ini dapat menyuntik kemajuan sosio-ekonomi penduduk setempat. Sebagai pekan kecil dalam daerah Kuala Muda, kita berharap agar Bukit Selambau mendapat peluang untuk berkembang maju seiring dengan tempat-tempat lain di Negeri Kedah.

Sebelum ini, Kedah turut mempunyai projek solar seperti di Kampung Bendang Perang, Pokok Sena. Projek Bukit Selambau ini adalah yang terbesar iaitu kira-kira lapan kali ganda dari segi saiz dan jumlah panel solar, sekali gus dari segi jumlah penjanaan tenaga. Jika TNB berjaya menambah projek LSS di sini, sehingga 100MW, ia pastinya menjadi mercu tanda Bukit Selambau sebagai pekan solar".

Admin: InshaAllah negeri Kedah akan maju sama taraf dengan negeri maju yang lain.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mukhriz Rasmi Projek Solar Berskala Besar 30MW TNB Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top