Latest News

Monday 13 May 2019

KEDAH AKAN JUMPA PULAU PINANG, PERAK BINCANG ISU KXP



Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan pertemuan tiga hala bersama Pulau Pinang dan Perak bagi membincangkan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Mukhriz Mahathir, berkata perjumpaan itu bertujuan meyakinkan kerajaan Pulau Pinang bahawa pembinaan KXP tidak berhajat untuk menjejaskan kepentingan ekonomi Pulau Pinang malah boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bagi wilayah utara.

Perjumpaan yang akan diaturkan dalam masa terdekat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung gesaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahu Kerajaan Persekutuan mengadakan pertemuan bersama-sama Kedah bagi membincangkan isu KXP.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KEDAH AKAN JUMPA PULAU PINANG, PERAK BINCANG ISU KXP Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top