Latest News

Wednesday 12 June 2019

TAMAN INDUSTRI AEROANGKASA DI KEDAH BUKANNYA SATU ANGAN-ANGAN MAT JENIN.


Kulim, 11 June 2019: Hasil dari lawatan ke pameran Lima Langkawi 2019 pada Mac lalu, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengadakan kunjungan ke Kilang Celestica yang terletak di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park bagi melihat sendiri produk-produk pesawat yang dibuat di kilang berkenaan.

Melihat keupayaan kilang-kilang yang dibina di Kedah untuk bersaing diperingkat antarabangsa termasuk dalam bidang aeroangkasa, Dato' Seri Mukhriz menyatakan hasrat Kedah membangun Taman Teknologi Aeroangkasa bersama projek KXP bukan satu perkara yang mustahil.


"Jadi cadangan kami untuk membina satu taman industri aeroangkasa bersebelahan dengan KXP itu bukanlah satu angan-angan mat jenin kerana sudah pun terbukti keupayaan pekerja-pekerja kita di sini yang boleh bersaing dengan mana-mana syarikat dimana-mana mereka berada".

"Bayangkan kalau saya bercakap dengan pelabur yang berminat untuk melabur di KXP, saya boleh tunjukkan kepada mereka bahawa di Taman Teknologi Tinggi Kulim kita sudah ada syarikat-syarikat macam ni yang membekalkan kompenan elektronik dan sebagainya kepada syarikat yang membekal kepada pesawat". Katanya dalam sidang media.

Menurut Dato' Seri Mukhriz pembangunan aeroangkasa sampai satu tahap mungkin 45-50%, cuma tambah sikit aja lagi untuk tarik lebih banyak FDI dan DDI ke KXP nanti.




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: TAMAN INDUSTRI AEROANGKASA DI KEDAH BUKANNYA SATU ANGAN-ANGAN MAT JENIN. Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top