Latest News

Saturday 21 September 2019

MB KEDAH UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATUK WIRA DR MD FARID MD RAFIK



MB KEDAH UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATUK WIRA DR MD FARID MD RAFIK

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai yang meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Serkat Laut, Pontian dan akan dikebumikan di Wakaf Haji Ahmad Chokoh, Pontian petang ini.


Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid merupakan Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai yang memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng dengan memperolehi 21,255 undi.

Allahyarham adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diamanahkan untuk menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Al-Fatihah


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MB KEDAH UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATUK WIRA DR MD FARID MD RAFIK Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top