YAB PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, YAB MB, Dato' Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir serta Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh bersama pimpinan yang hadir diberi taklimat mengenai, bagaimana 5G boleh digunakan dalam menyelia lokasi-lokasi peranginan yang penting, di Pelaburan, di jeti serta beberapa lokasi lain.
Kemudian mereka dibawa mendengar taklimat di IPD Langkawi, tentang 5G yang telahpun digunakan dalam soal keselamatan.
Teknologi ini memang canggih, dalam penerangan pihak polis, ia dapat membantu mengesan penjenayah dari kamera CCTV jalanan yang serba canggih. Malah dengan mengesan wajah kita, segala detail rekod jenayah akan dipapar di skrin jika ada.
0 comments:
Post a Comment