Latest News

Thursday 23 January 2020

PENEMUAN ARTIFAK 17,000 TAHUN PERLUAS POTENSI PELANCONGAN DI BALING




ALOR SETAR - Penemuan lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa buah gua di Gunung Pulai, Baling baru-baru ini membuka peluang kepada kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai salah satu daripada lokasi tarikan pelancong.

Menteri Besar, Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu bagaimanapun perlu diperhalusi dan belum dibincangkan ketika pihaknya masih menanti laporan daripada Jabatan Warisan Negara iaitu pihak yang menemui artifak berkenaan antara April hingga Oktober tahun lalu.

"Kita mahu dapatkan laporan terlebih dulu bagi memastikan cara terbaik untuk menguruskan penemuan tersebut.

"Kerajaan negeri sebelum ini telah menghentikan kerja kuari di situ dan mencadangkan supaya Gunung Pulai dijadikan destinasi pelancongan. Penemuan ini mungkin boleh membuka peluan itu lebih luas tetapi perkara itu belum diperhalusi lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Dan Kerjasama Pelaburan Antara Zhejiang Element Holding Co. Ltd. dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, Invest Kedah Bhd. dan Genting Ehsan (SP) Sdn. Bhd. di Wisma Darul Aman petang semalam.

#RA #SI #GunungPulaiBaling
#MMFC #Kedah

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PENEMUAN ARTIFAK 17,000 TAHUN PERLUAS POTENSI PELANCONGAN DI BALING Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top