Latest News

Monday 27 October 2014

Masjid Di Kulim menjadi Masjid pertama di Kedah yang menganjurkan Pasar Tani. #KedahSerataRata


Kulim: Masjid At-Taufiq di kampung Ayer Merah, dekat sini, hari ini, menjadi masjid pertama di Kedah menganjurkan pasar tani dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Pengarah FAMA Kedah , Anuar Mohamad, berkata ia memberi peluang kepada masyarakat di sekitar kawasan masjid itu mendapat bekalan sayur-sayuran segar dari ladang serta produk makanan dan minuman yang dijalankan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Beliau berkata, lebih 90 gerai disediakan di perkarangan masjid dengan 50 peniaga menjual pelbagai barangan keperluan termasuk sayur-sayuran, daging lembu, ayam segar dan ikan kering.

Anuar berkata, pasar tani di masjid berkenaan adalah pasar tani yang ke-45 di Kedah dan kedua di daerah Kulim.

“Pasar Tani di kawasan masjid berkenaan beroperasi setiap Sabtu mulai 7 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid At-Taufiq, Dr Ishak Yahya berkata pihaknya mengenakan bayaran RM5 kepada setiap peniaga dan memastikan kawasan tersebut bersih dengan menyediakan tong sampah untuk setiap gerai.

“Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di sini segar dan diselia pihak Fama, begitu juga ayam,daging dan lain-lain keperluan harian adalah dalam keadaan memuaskan,” katanya. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Masjid Di Kulim menjadi Masjid pertama di Kedah yang menganjurkan Pasar Tani. #KedahSerataRata Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top