Latest News

Monday 27 October 2014

Mek Mulong diikhtiraf Seni Warisan Negeri #Kedah


Sejarah Mek Mulong..

Admin percaya tak ramai yang tahu mengenai Mek Mulong ni, sebab anak muda sekarang agak kurang berminat dengan tarian atau cerita tradisi.

Sebenarnya jika kita tak jaga atau prihatin dengan Mek Mulong, lama kelamaan cerita atau hiburan tradisi ini akan hilang. Atas sebab demikian Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mengikhtiraf Mek Mulong sebagai seni warisan negeri Kedah.

Soo sebagai orang Kedah kita patut tahu dan bangga dengan seni kita, kerana ianya telah wujud selama 400 tahun dahulu. Jika Kelantan boleh bangga dengan Mak Yongnya, Johor dengan Kuda Kepangnya, kita Kedah ada Mek Mulong. Kita letak ianya sebagai satu trademark negeri Kedah.

Dibawah ni ialah cerita Mek Mulong yang admin ambil dari sahabat MMFC sendiri.

Mek Mulung (atau Mek Mulong) ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia telah menjadi hiburan rakyat di negeri tersebut sejak zaman dahulu lagi.

Mek Mulung merupakan satu adunan kesenian yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan. Meskipun seimbas lalu persembahannya kelihatan begitu mudah, tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya.

Menurut satu laporan seorang pengamal kesenian Mek Mulung yang boleh dikatakan waris terakhir, terdapat himpunan sebanyak dua puluh cerita hikayat asal, namun sedikit sahaja yang dikatakan masih kekal.

Sejarah Mek Mulung

Mek Mulung dikatakan berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ketika berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam. Tempat ia mula-mula sekali diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang. Seterusnya ia berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah.

Asal-usul Mek Mulung

Kononnya pada zaman dahulu, ada sebuah keluarga miskin yang menjadikan bidang hiburan sebagai sumber hidup. Si ayah yang bernama Pak Mohor telah membuat sejenis alat muzik yang dipanggil geduk dan memalunya dengan gayaMenora. Si ibu pula membuat gendang dan memalunya menurut cara Mak Yong.

Sementara itu, anak mereka yang bernama Mek Julung membuat sejenis alat muzik yang diberi nama semborongdan memalunya di sekeliling kampung.Pada suatu hari, ketika dalam keghairahan memalu semborongnya, Mek Julung telah tiba di tengah-tengah hutan. Di situ beliau telah bertemu dengan seorang anak raja yang bernama Cahaya Bulan.

Cahaya Bulan telah dibuang negeri lantaran hasutan seorang ahli nujum yang meramalkan bahawa Cahaya Bulan akan menimbulkan malapetaka di dalam negeri. Cahaya Bulan tertarik hati dengan persembahan Mek Julung, lalu baginda dan para pengikutnya turut sama bermain dengan menambahkan lagi alat muzik yang sedia ada.

Akhirnya kumpulan ini dinamakan Mek Mulung.

#MekMulong #HanyaDiKedah #MMFC #KFA #PulunKedahPulun #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #MBmesraRakyat #Kedah #AlorSetar #KedahRules #ThisIsDarulaman
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Mek Mulong diikhtiraf Seni Warisan Negeri #Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top