Latest News

Wednesday 19 November 2014

#BajetKedah2015 : Hospital Bandar Baharu Tidak Sesuai dari Segi Geografi - Exco Kesihatan



Dalam pergulungan #SidangDunKedah #BajetKedah2015, YB Dato' Dr Leong Yong Kong , EXCO Kerajaan Negeri menjawab soalan yang diajukan Adun Bukit Selambau berkenaan pembinaan Hospital Bandar Baharu dan permasalahan pendaftaran sebagai anak Kedah sekiranya lahir di Hospital Parit Buntar.

Berkenaan pembinaan Hospital di Bandar Baharu, ada permintaan untuk membina Hospital Bandar Baru,namun daripada segi geografi ianya tidak sesuai kerana Bandar Baru terletak tengah-tengah di antara Kulim dan Parit Buntar di mana Hospital Parit Buntar hanya 14km daripada Bandar Baru manakala Hospital Kulim dalam 20km dari Bandar Baharu.

Berkenaan orang Kedah yang terpaksa jadi orang Perak kerana lahir di Hospital Parit Buntar, isu ini sebenarnya tak timbul kerana ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka yang lahir di Hospital Parit Buntar di Pejabat Pendaftaran di Kulim.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: #BajetKedah2015 : Hospital Bandar Baharu Tidak Sesuai dari Segi Geografi - Exco Kesihatan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top