Latest News

Wednesday 19 November 2014

#BajetKedah2015: Penurunan Harga Getah dan bantuan asas


Penggulungan Adun Belantik

Beliau menyentuh mengenai penurunan harga getah, malah beliau menjelaskan, harga getah bergantung kepada ekonomi semasa. Malaysia tak mampu nak kawal harga getah, kerana kita hanya berada di tangga ke enam dunia.

Disebabkan kejatuhan tersebut, ia menyebabkan kesusahan dan kesempitan pada penoreh getah, oleh itu, kerajaan negeri telah memperuntukan bantuan makanan asas kepada rakyat untuk sementara waktu.

Fasa 1 dalam penyerahan bantuan asas tersebut, telah dimulakan di kawasan Kedah timur sebanyak 1000 pek. Kerajaan negeri berhasrat memberi 5 ribu pek pada penoreh seluruh Kedah.

RISDA pula melalui program ekonomi tambahan, memperuntukkan RM1juta dalam Program Peningkatan Produktiviti Getah untuk membeli bahan seperti cuka dan lain-lain.

Program KEDA pula diantaranya menyediakan Kolej yang menawarkan 7 jenis kursus kemahiran, dimana tahun depan kolej berkenaan menerima seramai 720 orang pelajar.

Adun Belantik juga diajukan soalan tambahan mengenai luar bandar oleh pihak pembangkang, namun ianya dijawab dengan baik oleh beliau.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: #BajetKedah2015: Penurunan Harga Getah dan bantuan asas Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top