Latest News

Wednesday 19 November 2014

#BajetKedah2015 : Sukan Mampu Meningkatkan Imej Negeri




Sukan merupakan suatu arena yang mampu meningkatkan imej negeri. Justeru, Kerajaan memberi pengiktirafan terhadap kepentingan sukan di dalam mewujudkan satu masyarakat yang mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa. 

Bagi memajukan sukan dalam negeri dengan usaha untuk mempertingkatkan prestasi atlit-atlit dari peringkat akar umbi, kerajaan meneruskan pemberian tahunan kepada setiap Majlis Sukan Daerah di Negeri Kedah berjumlah RM1.2 juta. 

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM6.6 juta bagi membangunkan kemudahan sukan di Negeri Kedah, yang meliputi projek menaiktaraf Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Stadium Darulaman dan lain-lain kemudahan infrastruktur dan prasarana sukan. 

Bagi mengembalikan kegemilangan Negeri Kedah dalam arena sukan, sebanyak RM16.4 juta diperuntukkan bagi pelbagai program pembangunan sukan teras termasuk memperkasa peranan dan memastikan kelangsungan fungsi Majlis Sukan Negeri dan Perbadanan Stadium Negeri Kedah.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: #BajetKedah2015 : Sukan Mampu Meningkatkan Imej Negeri Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top