Latest News

Monday 24 November 2014

Skuad Harimau Malaya Sekadar Seri Dengan Myanmar



Skuad Harimau Malaya sekadar memperoleh satu mata pada aksi pertama kumpulan B, Piala AFF Suzuki selepas terikat 0-0 dengan Myanmar.

Beraksi dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-33, Skuad kendalian Dollah Salleh itu terpaksa bertungkus lumus mengekang asakan bertubi Myanmar.

Amri Yahyah membuka peluang pertama buat negara untuk mencipta jaringan pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma, namun berjaya dipatahkan penjaga gol Myanmar, Thu.

Thu sekali lagi beraksi cemerlang pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama selepas berjaya menepis keluar bola hasil sepakan percuma oleh Mahali Jasuli.

Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan B, selepas ini bertemu Thailand, pada Rabu serta Singapura, Sabtu ini.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Skuad Harimau Malaya Sekadar Seri Dengan Myanmar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top