Selesai sahaja perasmian Pasaraya Aeon Big Alor Setar semalam , YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir dibawa melawat seluruh kawasan perniagaan di dalam pasaraya Aeon Big, apa yang menarik adalah bukan sahaja produk terkenal tetapi juga produk-produk tempatan juga dipasarkan disini.
Aeon Big diantara Pasaraya yang menyokong produk buatan tempatan dengan menempatkan produk buatan tempatan ditempat yang mesra dan mudah dilihat pelanggan.
Ini sekurangnya dapat membantu dan memperkenalkan produk tempatan kepada pelanggan dan merancakan sumber ekonomi peniaga tempatan.
Aeon Big Alor Setar juga telah menganjurkan pameran " Program Citarasa Malaysia" yang dianjurkan bersama Perbadanan Kemajuan negeri Kedah dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK), bagi memperkenalkan dan mempromosi produk tempatan bumiputera dari negeri Kedah.
Salah satu langkah yang baik dan boleh diikuti oleh pasaraya-pasaraya yang lain dari seluruh Kedah. YAB Menteri Besar juga menyokong langklah yang dibuat oleh pasaraya Aeon Big Alor Setar.
0 comments:
Post a Comment